Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam!

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk bertemu lagi dengan Ramadhan untuk tahun 1431 Hijrah ini. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan yang terbaik buat kita semua. InsyaAllah.

Sempena dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini, kami warga Politeknik Jeli Kelantan ingin mengucapkan selamat melaksanakan ibadah puasa dengan penuh kesungguhan dan amanah kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya. Barakallahu lakum! Semoga Allah memberkati anda semua!

Salam Ramadhan dan Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain dengan sebaik yang mungkin!

 

Admin

Blog Politeknik Jeli Kelantan

Lawatan Rasmi Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi

Pada 18 April 2010, Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Y.B. Dato' Saifuddin Abdullah akan mengadakan lawatan rasmi ke Politeknik Jeli, Kelantan. Antara tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui dan mengenali lebih dekat warga Politeknik Jeli Kelantan disamping beramah mesra dengan pelajar-pelajar Politeknik Jeli Kelantan.

Majlis Konvokesyen Kali Pertama Politeknik Jeli, Kelantan

Majlis Konvokesyen Kali Pertama Politeknik Jeli, Kelantan telah diadakan pada 28 Mac 2010 bertempat di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu, Kelantan. Seramai 32 graduan telah menerima sijil pada majlis konvokesyen kali pertama ini.

Yang Berhormat Dato' Sri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri / Ahli Parlimen Jeli) telah menyampaikan sijil graduasi tersebut kepada graduan-graduan.

TAMAT : Bengkel Pemurnian Dokumentasi MS ISO 9001 : 2008

10 Mac 2010 merupakan hari terakhir Bengkel Pemurnian Dokumentasi MS ISO 9001 : 2008. Hasil atau pun output program ini diharapkan dapat dimanfaatkan bersama oleh keempat-empat politeknik.

BENGKEL PEMURNIAN DOKUMENTASI MS ISO 9001 : 2008

Politeknik Jeli, Kelantan mengadakan Bengkel Pemurnian Dokumentasi MS ISO 9001 : 2008 bertempat di Bukit Kluang Beach Resort (BKBR) bermula dari 8 Mac - 10 Mac 2010. Bengkel ini telah disertai kira-kira 30 orang peserta dari 4 politeknik-politeknik.

Peserta-peserta ini terdiri dari pensyarah-pensyarah dari 4 politeknik. Objektif bengkel ini ialah untuk memurnikan dokumen ISO setiap politeknik yang baru dalam mencapai piawai MS ISO 9001 : 2008.